Tuesday 13 October 2015

Scharee's Legacy merupakan syarikat perniagaan kain, tudung, dan perniagaan makanan yang baru memulakan perniagaan pada 16 September 2015. Manakalan perniagaan tudung baru bermula pada 11 October 2015.

Tertubuhnya syarikat ini atas kerana minat yang mendalam yang mana pemiliknya merupakan seorang gadis muda berumur 24 tahun dan juga seorang jejaka muda berumur 25 tahun. Kerana minat yang mendalam menyatukan mereka menjadi rakan perniagaan. Jika dilihat dari segi salasilah kelahiran mereka memang jauh berbeza. Kerana gadis muda yang bernama Siti Aishah Binti Abd Latif berasal daripada Gerik Perak manakala jejaka muda tersebut daripada Cheras Kuala Lumpur. Seperti mana peribahasa melayu mengatakan "dimana ada kemahuan disitu ada jalan''.

Fokus syarikat ini didalam bidang masakan adalah nasi lemak yang mana LRT Cheras menjadi lokasi perniagaan permulaan mereka. Makanan yang menjadi fokus utama mereka adalah Nasi lemak berlauk seperti; sambal peparu, sambal sotong, telur mata, dan ayam rendang. Manakala kuih mereka hanya menyediakan satu jenis kuih setiap hari tetapi kuih yang berlainan mengikut kehendak semasa. Jika dilihat mereka tidak ubah lazimnya penjual nasi lemak yang lain. Namun apa yang membuat mereka berbeza adalah kerana mereka ini golongan anak-anak muda yang mula berkecimpung didalam bidang perniagaan yang mana kebanyakannya diceburi oleh golongan pertengahan umur. Harapan anak-anak muda ini, ingin mengembangkan perniagaan mereka kepada peringkat yang lebih besar lagi didalam perancangan mereka membuka franchise untuk golongan muda seperti mereka.

Bila berbicara soal fokus sudah tentu fokus mereka juga tidak hanya menjurus kepada perniagaan makanan kerana mereka juga turut menjual kain tudung dan kain setakat ini. Perniagaan tudung ketika ini mereka lebih senang bergerak dari rumah yang mana mereka lebih selesa menggunakan Facebook sebagai tapak perniagaan mereka dan menggunakan kaedah online dan pos. Mereka juga turut menjual tudung secara kodi kepada peniaga-peniaga yang menjalankan kaedah yang seperti mereka iaitu kaedah online. Harapan mereka didalam perniagan ini adalah untuk membekal pakaian kepada seluruh Malaysia malah luar negara jika diberi peluang.

Marilah kita rakyat Malaysia sama-sama menaikkan perniagaan anak-anak muda harapan bangsa ini. Berbalik kepada perniagaan mereka jika sesiapa berminat untuk membuat tempahan untuk nasi lemak untuk mesyuarat dan juga jamuan atau berminat untuk membeli tudung retail atau kodi boleh hubungi anak-anak muda ini di 018-252 8744(Scha) dan boleh whatsapp terus ke nombor tersebut atau jika berminat menghubungi secara online melalui facebook boleh hubungi Scharee's Legacy.

Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca berkenaan cerita tentang Scharee's Legacy.

No comments:

Post a Comment